Preloader
* Berguling * Merangkak * Berdiri * Berjalan * Berlari *
undefined
Perkembangan Motor Kasar

Apakah kemahiran Motor Kasar ?

Kemahiran motor kasar ialah kemahiran menggunakan otot besar badan. Bayi dan kanak-kanak guna otot ini untuk pergerakan besar seperti merangkak, berjalan, berlari, melompat, dan memanjat.

Selain itu, ia juga melibatkan koordinasi yang lebih kompleks seperti skip, imbangan badan, lempar dan tangkap bola ⚽. Kenapa penting? Sebab badan bergerak = otak berkembang! Anak belajar teroka dunia 🌏, bina kekuatan 💪, dan dapat keyakinan diri 😄.

Ini adalah kemahiran penting kerana ia jadi asas kepada semua pergerakan anak, dan aktif dalam kehidupan harian.

  • Berguling, duduk dan merangkak
  • Berdiri dan berjalan
  • Berlari, melompat dan memanjat

Motor Kasar vs Motor Halus

Kemahiran motor kasar (gross motor) melibatkan penggunaan otot besar seperti lengan, kaki dan badan (trunk). Ia diperlukan untuk pergerakan besar seperti berjalan, berlari, melompat dan mengekalkan imbangan badan.

Manakala kemahiran motor halus (fine motor) pula melibatkan otot kecil, terutamanya pada tangan dan jari, yang digunakan untuk aktiviti seperti menulis, membuka atau memasang butang baju, serta memegang objek kecil.

Motor Kasar = otot besar (lengan, kaki, badan).

Motor Halus = otot kecil (tangan & jari) untuk aktiviti seperti menulis, butang baju atau ambil kekacang.

Jadi kalau anak dah boleh berjalan, jangan terkejut bila dia mula ambil pen sendiri… sebab semua bermula dari otot besar dulu. 😎

💬 Kemahiran motor kasar berkembang dahulu dan menjadi asas untuk kawalan motor halus.

🤸‍♂️ Kemahiran Motor Kasar – Dari Kepala Hingga Kaki

Anak tidak “tiba-tiba boleh berjalan”. Mereka belajar dengan urutan dari atas ke bawah, dari kawalan kepala & badan atas dulu, kemudian kaki & bahagian bawah. Ibu bapa pernah perasan bayi mula angkat kepala dulu sebelum boleh duduk? Ya itu sebabnya! Perkembangan motor kasar berlaku dari atas ke bawah (head to toe). Maksudnya, anak belajar kawal kepala & badan atas dulu, baru bahu, lengan, kaki, dan akhirnya jari kaki.

👉 Kawalan kepala > Meniarap > Duduk > Merangkak > Berdiri > Jalan > Berlari, Melompat & Aktiviti Aktif Lain

Lebih kurang macam “level-level” permainan video game, tapi untuk badan! ✌️

“Bayi membentuk kemahiran motor kasar dari atas ke bawah (head to toe). Kawalan kepala & badan atas adalah asas sebelum kaki boleh melangkah.”

🧒📅 Tahap Perkembangan Motor Kasar Mengikut Umur

Setiap anak membesar pada kadar sendiri, jadi milestone motor kasar mengikut umur di bawah hanyalah anggaran. Apabila perkembangan motor kasar berlaku pada umur dan tahap anggaran ini, ia biasanya membangun secara berperingkat, iaitu kemahiran asas dijadikan asas untuk kemahiran seterusnya. Contohnya, berguling selalunya membawa kepada merangkak, dan merangkak membawa kepada berjalan.

👶 Bayi (0–18 Bulan)

Menggalakkan Perkembangan Motor Kasar

Perkembangan motor kasar bukan sahaja bina otot, malah keyakinan diri. Anak juga dapat manfaat sama seperti orang dewasa bila aktif fizikal.

Aktiviti lasak macam explore playground atau main bola kecil bantu mereka belajar kemahiran lebih kompleks dan kuatkan koordinasi.

💬 Anak-anak memerlukan banyak peluang untuk bergerak kerana itulah cara mereka belajar dan berkembang!

Soalan Lazim Kemahiran Motor Kasar
shape
shape
FAQ’s

Soalan Lazim Kemahiran Motor Kasar

Jawapan ringkas dan mudah tentang motor kasar, motor, perkembangan mengikut umur, serta cara ibu bapa menyokong pergerakan anak setiap hari.

• Jika anak menunjukkan keterlambatan dalam mencapai kemahiran motor kasar mengikut umur, terapi fizikal pediatrik biasanya disyorkan.


• Terapi ini membantu anak membangunkan kekuatan otot, koordinasi, imbangan dan kesedaran badan, supaya mereka dapat mengejar milestone motor kasar yang sesuai dengan usia.

Terapi fizikal pediatrik fokus pada kemahiran asas untuk membantu anak capai potensi penuh dalam motor kasar. Ia bukan sahaja untuk otot besar, malah untuk koordinasi, imbangan, dan kesedaran badan secara keseluruhan.


Antara yang diterapkan dalam terapi fizikal:


• Imbangan & koordinasi: Bantu anak berdiri, berjalan, melompat dengan lebih stabil ⚖️


• Kekuatan & daya tahan otot: Kaki, lengan dan badan lebih kuat untuk aktiviti lasak 💪


• Perancangan & pembelajaran motor: Anak belajar susun langkah, merancang gerakan dari awal hingga selesai.


• Kesedaran badan & pemprosesan deria: Anak sedar di mana tangan, kaki, dan badan mereka semasa bergerak 🧍‍♂️


• Kawalan postur & nada otot: Bantu anak berdiri tegak, duduk, atau mengekalkan imbangan.


• Crossing midline: Latih lengan/kaki bergerak melintasi tengah badan untuk koordinasi kedua belah badan

• Banyak peluang untuk anak bergerak & explore ✅


• Aktiviti di rumah atau luar rumah:

👉 Tummy Time untuk bayi

👉 Main obstacle course (lompat, merangkak, panjat)

👉 Menari dengan muzik 🎶

👉 Main bola lembut / tendang bola ⚽


*Jangan risau jika milestone anak lambat, setiap anak ada irama sendiri.

• Jika anak jatuh kerap, sukar kawal badan atau nampak lemah otot, segera rujuk pediatrik / terapi fizikal.


• Lebih awal bantu, lebih cepat anak boleh capai kemahiran motor kasar.

shape
Apa Itu Sensori?

Apa Itu Motor Halus?

Terokai bagaimana anak menggunakan motor halus untuk memegang objek, menyusun permainan, menggunakan sudu dan garpu, serta melukis atau menulis.

Jom Terokai Jom Terokai
shape