Preloader
Apakah Kemahiran Motor?
Perkembangan Kemahiran Motor

Apakah Kemahiran Motor?

Kalau ikut panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan rujukan antarabangsa seperti WHO, kemahiran motor ialah salah satu asas paling penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Ringkasnya, bila anak bergerak, otaknya pun sedang bekerja keras.

Kemahiran motor merujuk kepada keupayaan anak untuk mengawal pergerakan badan. Dari yang comel-comel macam berguling atas tilam, sampailah yang buat kita penat kejar satu rumah.😂

Ia terbahagi kepada dua kategori utama: motor kasar dan motor halus. Jangan risau, bunyi macam susah, tapi sebenarnya sangat simple. 😅

Motor Kasar

Motor Kasar

Pergerakan otot besar seperti kaki, tangan dan badan.

Motor Halus.

Motor Halus.

Pergerakan otot kecil, terutamanya pada tangan dan jari.


Kemahiran motor ni bukan sekadar anak bergerak tanpa arah, tapi sebenarnya otak dan badan mereka sedang belajar bekerja sama. Setiap pergerakan kecil, walaupun nampak remeh, sebenarnya membantu anak kuatkan otot, belajar keseimbangan, dan memahami dunia di sekeliling mereka. Jadi bila anak panjat sofa atau cuba ambil mainan yang tinggi, itu bukan sekadar nakal, itu latihan otot dan koordinasi yang penting! 😆

undefined
Memahami jenis-jenis motor

Motor Kasar

Motor kasar ialah pergerakan besar yang gunakan otot utama badan, seperti kaki, tangan, dan badan. Contohnya, merangkak, berdiri, berjalan, melompat, dan berlari. Semua pergerakan ni bukan sekadar untuk “aktiviti fizikal”, tapi juga bantu anak kuatkan otot, seimbang, dan lebih yakin untuk explore dunia sekeliling. Bayangkan bila anak panjat sofa atau lari ke taman sendiri, itu sebenarnya latihan motor kasar mereka, walaupun kita kadang-kadang penat kejar mereka 😅

  • Berguling, duduk dan merangkak
  • Berdiri dan berjalan
  • Berlari, melompat dan memanjat


undefined

Motor Halus

Motor halus pula melibatkan pergerakan otot kecil, terutamanya pada tangan dan jari. Kemahiran ini membolehkan anak memegang objek, menyusun permainan, menggunakan sudu dan garpu, serta melukis atau menulis apabila mereka lebih besar. Walaupun pergerakan ini kelihatan kecil, motor halus memainkan peranan besar dalam pembelajaran awal, perkembangan akademik dan kemahiran hidup harian.

  • Memegang objek kecil
  • Menggunakan sudu dan garpu
  • Melukis dan menulis


Setiap anak ada gaya sendiri. Ada yang cepat jalan, ada yang suka merangkak lama sikit. Ada yang tangan cekap, tapi bila suruh panjat sikit terus fikir dua kali. Semua ni normal. Tak perlu banding dengan anak jiran, sepupu, atau anak dalam Instagram. Anak awak, rentak dia sendiri.


Nak bantu anak berkembang? Tak perlu mainan mahal atau aktiviti fancy. Bagi ruang je. Bagi peluang. Biarkan anak main di lantai, berlari di taman, panjat sikit-sikit (yang selamat ya!). Kadang-kadang tugas kita cuma sorak dari tepi:


“Yeay, pandainya!”


Walaupun dalam hati kita risau dia jatuh 🤭


Kalau anak nampak sangat susah nak bergerak, atau langsung tak minat untuk aktif, bolehlah bincang dengan doktor atau profesional. Bukan sebab nak panik, tapi sebab nak pastikan anak dapat sokongan yang betul dari awal.


Akhir sekali, ingat satu benda penting. Kemahiran motor ni bukan pertandingan. Bukan siapa cepat, siapa hebat. Ia tentang anak belajar, mencuba, jatuh bangun, dan ketawa sepanjang jalan. Dan percayalah, satu hari nanti bila anak dah boleh buat semua sendiri, kita pula yang rindu saat dia jatuh bangun dulu.

Soalan Lazim Kemahiran Motor
shape
shape
FAQ’s

Soalan Lazim Kemahiran Motor

Jawapan ringkas dan mudah tentang motor kasar, motor halus, perkembangan mengikut umur, serta cara ibu bapa menyokong pergerakan anak setiap hari.

Motor Kasar = pergerakan besar badan (jalan, lompat, merangkak)
Motor Halus = pergerakan kecil tangan/jari (pegang sudu, tulis, susun blok)

Bayi biasanya angkat kepala 1–2 bulan, duduk 5–7 bulan, merangkak 6–10 bulan, dan berjalan 12–15 bulan. Tapi jangan risau, setiap anak berkembang ikut kadar sendiri.

Bayi mula genggam objek kecil 3–4 bulan, mula susun blok dan makan sendiri sekitar 12–24 bulan. Semua ikut tempo anak, tiada masalah kalau lambat sikit.

Sangat normal! Tapi kalau anak nampak sangat sukar bergerak atau langsung tak berminat aktif, rujuk doktor atau pakar perkembangan kanak-kanak.

shape
Apa Itu Sensori?

Apa Itu Sensori?

Terokai bagaimana anak menggunakan deria untuk belajar, bermain, dan memahami dunia sekeliling mereka.

Jom Terokai Jom Terokai
shape